Monday, 27 June 2011

Ke arah Kehancuran Negara


MELAYU & MALAYSIA

ORANG Cina telah lama bersatu. Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya.

Di zaman Abdullah, bangsa cina kian bersatu padu. Lihat sahaja PRU12. Mereka mula lupa sejarah Negara.
Mereka pangkah undi untuk tentukan maruah dan hala tuju bangsa. Mereka mula lupa kejayaan mereka kerana bangsa Melayu, politik bangsa Melayu, kongsi kekayaan bangsa Melayu, memcari makan bersama bangsa Melayu. Mereka membantu antara satu sama lain dalam ekonomi.

Orang Cina bertuah di Tanah Melayu dari dulu hingga Malaysia, Akbar Cina,  Sekolah Cina, rumah ibadat, kebudayaan dan sebagainya disanjung tinggi oleh Negara. Tiada assimilasi hanya kebebasan berpandukan perlembagaan dan kontrak.

Begitu juga dengan bangsa India. Kebebasan atas nama Negara. Banyak juga yang billionaire. Ketinggalan mereka, salah Negara atau salah bangsa Melayu? Saya hairan, apa lagi mereka mahu? Sewajarnya kita bersama maju! Hindraf? Interlok? Menteri? Lemah sungguh pemimpin Bangsa Melayu! Apa orang-orang mahu tetap dianugerah.

Bagi orang cina bertuah mereka si bumi ini. Mereka kuasai hampir semuanya…lihat sahaja dapur rumah kita! Bodoh bangsa kita kerana 100% barang dapur dari garam hingga ke beras, dari ikan hingga ke Sayur…segala-galanya dikuasai mereka! Pemerintah Melayu percaya mereka, mereka pandai berniaga jadi kita ali baba kan sahaja. Lihat sahaja bangunan tinggi, kereta besar dan tidak hairan  sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Hampir semua milik mereka, kedai-kedai dan semua  dan kerana itu mereka mampu menghantar anak-anak belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di Negara.

Perjuangan menuntut Negara kah yang mereka tetap mahu? Bukan Temasek itu Negara Melayu? Hilang sudah dan mereka mahu semua.  Tidakkah kita bersama bergembira dengan keamanan yang ada? Kita sama-sama lahir di Negara tercinta ini! Negara ada undang-undang dan perlembagaan yang wajib patuhi! Jika kita kata Pemimpin atau Perlembagaan tidak sempurna, kenapa lebih 50 tahun kita sama-sama semua bangsa dapat makan semeja.

Biarlah  yang pintar dan cerdik bertambah kaya, yang rajin berusaha menempa kejayaan, yang malas dan tidak ada kemahuan akan terus meminta dan yang lemah serta ada cita-cita diajak berkerjasama tidak salah polisi negara agar kita berkongsi bersama.

Kita kekalkan keamanan bersama. Hentikan usaha menumbangkan kerajaan melalui jalan raya! Budaya ini bukan budaya kita! Jangan kita diperguna. Ideologi itu hak semua hanya budaya tidak berugama mesti dihalang dalam meracuni Negara. Tenguk ! anda semua, bangsa melayu, bangsa cina, bangsa india yang mempunyai agama hanya cuba dipermainkan oleh Kommunis sahaja.

LIHAT SAHAJA BERSIH2…belajarlah dari sejarah! Kemusnahan, Penghapusan …agama! Penghapusan budaya! Penghapusan bangsa! Lihat sahaja orang islam di China! Lihat sahaja orang islam di bekas jajahan Russia! Lihat orang Melayu di Kembodia! Jangan biar Iblis Kommunis menyerap kita! Orang Cina dan India bersama kita kekalkan kejayaan, kemakmuran dan keamanan Negara untuk anak cucu cicit kita!

Banyak sungguh hendak dikata, luahan rasa, sesal yang tidak terkira moga ada kesempatan untuk  menyambung pandangan saya demi bangsa tercinta.

No comments:

Post a Comment

-- nuffnang -->