Sunday 10 July 2011

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SEDARKAN DIRI, JANGAN JADI ORANG GOBLOK!

Kepada anda yang tidak tahu atau tidak ingat, ini lah pesan Raja-Raja Melayu kepada kita & generasi kita. Ianya ADIL & Saksama - Tidak perlu untuk digaduhkan! Kepada yang bukan bangsa melayu/bumiputra ingatlah & ajarlah anak2 untuk menghormati TITAH & DAULATKAN Raja-Raja Melayu. Kerana kita telah bersetuju!. Untuk yang terlibat dalam BERSIH semoga banyak pelajaran kita perolehi! Jangan kita terus GOBLOK! Dan DIGOBLOKKAN.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:


* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

No comments:

Post a Comment

-- nuffnang -->