Tuesday, 12 July 2011

budak kurang ajar!

Kurang ajar anak ini!
Apa dah jadi dengan anak ini ?. Apa dalam kepala otaknya sehingga sanggup menghina Negara kita!, Raja kita!, Perdana Menteri kita!  Bangsa kita?Dimana silapnya? Siapa dalangnya? Siapa mempengaruhinya? Kenapa GOBLOK sangat? Belajar sampai Universiti tapi otak kat lutut! Sejarah tak tahu! Isu semasa, lagi lembap! Guna IT tapi untuk belajar mengumpat, belajar fitnah, belajar hasad dengki, belajar cemburu, belajar busuk hati bukan untuk mengasah minda bagi menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Budak macam ini tahu meminta-minta dari kerajaan! Sumbangan kepada Negara…haprak! Jika dah tak menghargai Negara, pecat aje bantuan kerajaan yang diberi! Jangan pecat dari sekolah, kesihan?…kot2 suatu hari dia sedar diri! Taubat! 
Macamana pun cuma nak cakap satu pada anak2 yang kat Universiti tu dan semua yang baca…kita guna otak dan jangan amalkan sikap kurang ajar dan jangan tanam sifat prasangka buruk pada orang!  
           ----------------------//--------------------------
Pelajar UMT didakwa hina lagu Negaraku
2011/07/11
KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.
"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.
"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.

Dr Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.
Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia adalah mahasiswa UMT.

"Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

"Seseorang pelajar tidak seharusnya membabitkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain," katanya.

Sementara itu, Dr Yahaya berkata simposium tahunan itu disertai lebih 500 peserta termasuk dari luar negara seperti Timur Tengah, Eropah dan negara ASEAN.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

-- nuffnang -->