Bangsa Melayu
Satu artikel menarik yang sewajarnya dibaca untuk kesedaran bangsa Melayu. Wak terpanggil untuk memapaparkan semula disini untuk tatapan dan kefahaman bersama. Semoga ramai dari kita mencapai tahap kesedaran sebelum terlambat. Artikel saudara Ridhuan Tee ini patut kita teliti memandangkan ianya pandangan dari sahabat yang bukan keturunan Melayu tetapi bersifat Melayu & Islam waja. Kita teliti kata-kata beliau...
Jangan sampai terperangkap
by RIDHUAN TEE
Sinar Harian, 27 Jun 2011
Minggu lalu saya membahaskan beberapa ciri atau petanda bangsa yang akan pupus. Antara perkara besar yang belum sempat dibahaskan dengan panjang lebar adalah perpecahan yang amat menakutkan berlaku kalangan umat Islam. Perpecahan bukan setakat kalangan parti-parti politik dan ahli politik. Lebih menakutkan ia turut terbawa-bawa dalam kalangan penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. Masing-masing mahu menjadi jaguh dan mendapat jawatan yang lebih tinggi.
Pendek kata, di mana sahaja ada umat Islam, perkataan pecah sudah sinonim. Masing-masing mempunyai agenda dan kepentingan diri, terutama untuk mendapat habuan dunia yang bersifat sementara. Kita sengaja mewujudkan kumpulan dalam kumpulan atau klik atau ‘orang kita’. Bukan tidak boleh, tetapi jangan sampai menikam dari belakang atau menaruh pasir dalam periuk sesama saudara. Akibatnya, kita juga yang akan rugi. Orang lain bertepuk tangan. Menunggu masa untuk mengambil kesempatan.
Umat Islam sepatutnya bersifat rasional dan profesional, bukan emosional. Tindakan terlalu beremosi hanya akan mengundang kepupusan menjadi lebih cepat. Pada saya, pertembungan sesama umat Islam mesti dielakkan kerana tidak ada sesiapapun yang akan menang. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Walaupun Pengerusi Bersih berkata perhimpunan ini tidak ada kaitan politik, takkan kita masih tidak dapat membaca makna tersurat dan tersirat. Beliau hanya mahu memperalatkan umat Islam. Jika tidak percaya, umat Islam jangan turun, biarlah kita lihat berapa kerat bukan Melayu akan turun menunaikan niat ‘bersih’ mereka.
Sebagai pengalisis politik dan strategi, saya sudah dapat mencium baunya. Tidak perlulah berselindung atas nama NGO, berpura-pura atau nampak seolah-olah tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Agenda ada udang di sebalik batu amat terserlah. Kenapa umat Islam masih buta? Kita boleh berkawan dengan kafir zimmi, tetapi mesti berhati-hati dengan kafir harbi yang ingin merosak dan meruntuhkan Islam dengan berbagai strategi dan silap mata. Kajilah sejarah sepanjang beliau sepanjang memimpin Majlis Peguam. Apa pandangan dan sumbangannnya terhadap Islam.
Jika umat Islam terus berdegil, ditakdirkan berlaku pertembungan, siapakah yang akan rugi? Kita semua bersaudara. Takkan kita sanggup berbunuhan sesama sendiri. Jika itu yang berlaku, saya bimbang kita akan menyesal tidak sudah nanti.
Kenapa sesama bangsa dan seagama perlu berpecah? Ambillah pengajaran penyatuan budaya bangsa lain. Satu bangsa, berbagai agama, ada yang beragama Buddha, Taoism, Konfucius, Kristian dan Hindu, mereka tetap bersatu atas nama satu bangsa. Pada mereka, agama tidaklah terlalu penting. Apa yang penting, ketuanan bangsa mesti ditegakkan. Agama boleh datang dan pergi, sedangkan bangsa akan terus kekal. Untuk pastikan kemegahan bangsa terus kekal, maka ia mesti dipertahankan bersama-sama jati diri bermati-matian. Maka tidak hairan mereka menolak sama sekali identiti Melayu seperti bersongkok dan berbaju Melayu, kerana takut diMelayukan. Berbeza dengan kita, agama mesti ditegakkan kerana atas terus kekal. Bangsa sudah tidak penting apabila bertembung dengan agama, kerana agama mendapat perlindungan Allah, bangsa belum tentu akan kekal.
Di negara maju, kewujudan pelbagai parti politik dan pertubuhan adalah perkara biasa. Mereka amat profesional. Setiap pertubuhan akan bertindak sebagai check and balance, kerana itu adalah antara asas demokrasi. Pimpinan kerajaan bertukar tangan adalah perkara biasa seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dan Britian. Tetapi tidaklah sampai berlaku perpecahan sehingga ke akar umbi, seterusnya terbawa-bawa ke pejabat kerana ia akan menjejaskan kualiti dan produktiviti. Mereka begitu professional, meraikan perbezaan.
Tidak seperti kita, tidak cukup dengan perpecahan, kita amalkan cucuk sana, cucuk sini seperti politik satay dan saling jatuh-menjatuh. Apa yang kita dapat hasil semua ini? Umat Islam di negara ini perlu menyedari bahwa perpecahan dan pertelagahan itu adalah sesuatu yang hina. Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya menjadikan kita saling menghina dan bermusuhan. Tidakkah lebih baik perbezaan ini dimanfaatkan untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan demi kemajuan umat dan negara. Firman Allah SWT:
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) (surah Al-Baqarah: 48).
Kewujudan pelbagai pertubuhan tidak salah. Tidak perlu dibubarkan. Apa yang lebih penting adalah aktiviti (amal) yang lakukan (Surah at-Taubah:105). Jangan sampai kita tidak boleh duduk semeja membincangkan perkara-perkra yang boleh membangunkan umat kerana sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat bagi orang lain, itulah pesanan Nabi kita.
Ingatlah umatku, cabaran dan tentangan yang sedang kita diharungi dan akan kita hadapi masa akan datang amatlah berat. Musuh-musuh Islam sentiasa merancang untuk memusnahkan kita. Justeru, perlu wujud pertubuhan yang bertindak sebagai kumpulan pendesak dan menyuarakan hak-haknya. Namun, itu bukan bermakna kita tidak boleh kerjasama. Dialog atau musyawarah perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk untuk membicarakan agenda bersama. Janganlah terlalu berprasangka buruk.
Ambillah pengajaran perpecahan politik umat Islam yang berlaku pada masa lalu yang amat merugikan sehingga menjadi al-Fitnah al-Kubra (bencana besar). Ketika itu umat Islam berpecah kepada tiga kumpulan. Pertama: kelompok Saidina Ali, kedua: kelompok Muawiyah, dan ketiga: kumpulan neutral yang tidak berpihak kepada salah satu dari dua kelompok tersebut.
Kedua-dua kumpulan pertama memiliki pengikut yang banyak. Manakala kumpulan neutral tidak kurang juga hebatnya. Antara para sahabat yang bergabung di dalam kumpulan ini adalah, Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), Saad bin Malik, Saad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Maslamah, Usamah bin Zaid, dan lain-lain.
Pertembungan dan pertentangan antara kumpulan Muawiyah dan Ali sampai kepada kemuncak sehingga membawa kepada perang Siffin. Melihat kepada kumpulan Muawiyah hampir kalah, mereka bersetuju menyelesaikan konflik melalui rundingan. Perundingan diberlaku pada bulan Ramadhan tahun 37 Hijrah. Kelompok Muawiyah diwakili oleh Amru bin Ash, manakala kelompok Ali diwakili oleh Abu Musa Al-Asy'ari. Namun, ia hanya bersifat sementara. Kumpulan neutral pun tidak dapat menyelesaikannya. Umat Islam berpecah semula selepas itu, malah bertambah tenat. Mereka tidak pernah mengambil pengajaran sehinggalah bencana besar menimpa kerana mereka sentiasa berprasangka dan saling tidak percaya-mempercayai antara satu sama lain. Nampaknya peristiwa ini akan berulang lagi. Petanda kepupusan semakin hampir, jangan sampai terperangkap.

No comments:
Post a Comment