SEJARAH MELAYU VS PENDAPAT KAUM CINA
Melihat keadaan politik selepas merdeka terutama kebelakangan ini, kaum cina dilihat tidak berminat serta tidak menerima Malaysia ini sebagai sebuah Negara yang berasaskan kepada SISTEM KENEGARAAN MELAYU. Lihat sahaja bukan hanya pada peringkat parti pembangkang tetapi parti-parti komponen pemerintah juga sekongkol, senada dan sepakat dengan mereka ditambah pula situkang cucuk hanya diseberang jambatan.
Tidak salah jika dikatakan, ada juga sebahagian menerima system pemerintahan yang ada tetapi sebahagian besar dengan sengaja mahu menepikan sejarah dan Negara asal usul datok dan nenek mereka. Memang benar, besar dan berkesan sungguh tipu daya mereka. Lihat kini, betapa mudahnya hanya selepas 50 tahun merdeka, bangsa Melayu telah Berjaya dipecah-pecahkan. Sistem British yang halus mula menampakkan kesan yang ketara kepada bumi Melayu ini.
Kepada anda, anak-anak bangsaku, INGATLAH dan tanamkan dalam hati sesungguhnya Sistem Kenegaraan Negara ini bermula dari sejarah TANAH MELAYU dan tanah Melayu itu bererti Nusantara – Malay archipelago atau kepulauan melayu di rantau Nusantara ini. Ingatlah rantau ini dikenali sebagai I-Tsing oleh Negara China dan Barat ketika itu, Marco Polo mengenalinya sebagai Malajur, Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Portugis). Kesemua ini merujuk tempat bukan bangsa seperti sekarang. Setelah kedatangan Penjajah barat, perkataan Melayu ditujukan kepada rumpun bangsa di kepulauan ini.
Dari itu kita sama-sama pertahankan Malaysia ini sebagai THE LAND OF MALAYS. Kedatangan penjajah telah merubah senerio politik Negara kita dengan membawa penghijrahan kaum-kaum Cina dan India ke The Land of Malays ini. Dulu orang Melayu migrasi dari satu kepulauan ke pulauan dalam Malay Archipelago ini tanpa sempadan dan penjajah lah yang menyebabkan keujudan Negara-negara dan perpecahan.
Melalui sikap tolak ansur dan lemah lembut Raja-Raja Melayu, Pemimpin-pemimpin Melayu dan rakyat berbangsa Melayu , JUS SOLI diterima pakai untuk menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai rakyat Malaysia dibawah nama KEMERDEKAAN. Dengan penerimaan JUS SOLI lebih satu juta kaum Cina diterima sebagai warganegara dan sekaligus ianya merubah demografi Negara Tanah Melayu ini.
Bangsaku, Sejarah dunia telah dicipta di Tanah Melayu dan demi nama KEMERDEKAAN, pemimpin-pemimpin Melayu ketika itu walaupun sebelum UMNO telah gagal memperjuangkan Negara Melayu tetapi memperjuangkan kemerdekaan Negara yang dipanggil Malaysia. Sejarah ditempa dan Malaysia menerima 40% bangsa asing sebagai warganegara untuk KEMERDEKAAN.
AKHIRNYA, marilah kita celek sejarah. Kita guna internet ini untuk menimba ilmu bukan untuk menjadikanya medan permusuhan. Jangan sampai kita mengadai Negara ini dengan hanya perkataan BERSETUJU jika Kaum Cina atau Kaum India mengatakan MELAYU JUGA PENDATANG DI MALAYSIA INI SAMA SEPERTI MEREKA! “ CELAKA kaum ini kerana diberi betis nak peha atau ibarat Belanda mendapat tanah”.
KITA PERTAHANKAN TANAH DATOK, NENEK & MOYANG KITA…tidak kira kerana kita semua MELAYU!
No comments:
Post a Comment