Saturday, 6 August 2011

CABARAN Bangsa MELAyu!

CABARAN BANGSA MELAYU

Sudah menjadi budaya orang Melayu walaupun sebelum MERDEKA, orang Melayu sentiasa bersifat terbuka, bertolak ansur, berlemah lembut dan bersopan santun. Daritu dengan kegawatan politik dan ekonomi benua China, dan India, setiap tahun orang Melayu dengan senyum terpaksa menerima ribuan pendatang Cina dan India ke Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx). 

Pendatang-pendatang ini mengexplotasi kekurangan tenaga buruh dalam industri perlombongan biji timah,dan ladang-ladang getah. Jumlah pendatang ini mengikut kajian oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

Menjawap soalan anak buah Wak (Mimi), ini lah cabaran bangsa Melayu! Dari sebelum Merdeka sehingga 2011, masalah Negara adalah sama. Kegelisahan Raja-Raja atau Sultan-Sultan Melayu dari zaman dijajah hingga sekarang adalah sama. Politik Negara hanya dihujung tanduk. Kepintaran bangsa Cina dan India memecahkan belahkan perpaduan bangsa Melayu bermakna kejayaan untuk memaksa peubahan Perlembagaan Negara berdasarkan bangsa Melayu. Lihat sahaja sekarang dari segi Politik. Orang-Orang Cina secara terang-terangan menolak perpaduaan dan kerukunan Negara, Mereka dibawah pengaruh DAP misalnya secara terang-terang menegaskan Kawasan Cina mesti diperintah oleh Cina seperti kawasan Bandar! Bandar semua diperintah oleh bangsa Cina! Lembut betul bangsa Melayu.

Ini belum sentiment Ugama! Kejayaan memurtadkan orang-orang Melayu akan menjamin kemenangan bangsa Cina. (Contoh terbaru yang dihebahkan di TV atau media masa; serbuan JAIS di Gereja di Damansara!). Sebenarnya ini baru sekelumit. Banyak yang belum dihebahkan. Gejala-gejala fatwa yang memesongkan, fatwa yang membenarkan orang Melayu fitnah dan menfitnah, kelancangan mulut dan bibir orang Melayu yang memburukkan  satu sama lain, sehingga masing-masing mersa enak memakan daging saudaranya sendiri, Syaitan bergembira, dan bangsa kita mengadai Negara. 

Adalah wajar bagi orang Melayu, menepikan IDEOLOGI POLITIK, bangun semula dan secara sedar bersama memertabatkan bangsa dan memperkasakan bangsa! Bersatu kita TEGUH, lupakan sengketa! Sanggupkah kamu melihat bangsa sendiri terkubur di bumi merdeka ini dan mari kita sentiasa bersikap terbuka dan bersangka baik sesame bangsa! WAK YAKIN, Kita mampu mempertahankan Negara ini jika semua orang MELAYU telah matang dalam politik dan sentiasa patut akan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

No comments:

Post a Comment

-- nuffnang -->