TAN LIAN HOE – BIADAP & KURANG AJAR
Wak hairan kenapa pakatan Barisan Nasional masih tidak sepakat dan tidak sehaluan dalam wacana memperkasa Negara, meningkatkan keharmonian dan muhibah kaum-kaum di Negara ini. Pemimpin-pemimpin hanya memperjuangkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan Negara.
Kenyataan kontrovesi Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe “ Orang Melayu adalah pendatang sama sahaja seperti orang Cina dan India” adalah ucapan biadap dan kurang ajar.
Wak hairan kenapa setelah begitu lama kesepakat dalam satu keluarga Barisan Nasional yang memerintah dan menetukan hala tuju Negara, Parti Gerakan masih buta sejarah dan sikap tolak ansur dan kesepakatan UMNO tidak langsung dihargai.
Apakah tujuan Lian Hoe ini? Tidak kah beliau tahu berterima kasih dengan Pengundi-Pengundi Melayu di GRIK? Tidak kah beliau berterima kasih kerana Barisan Nasional sudah banyak berkompromi , dan memberi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri kepada pemimpin Gerakan walaupun parti beliau telah menjual dan mengadai Pulau Pinang kepada DAP?
Bagaimanapun sebagai seorang Melayu, saya faham AGENDA kaum-kaum bukan Melayu kerana ini lah peluang terbaik untuk Parti-Parti Komponen Barisan Nasional seperti Gerakan, MCA dan MIC untuk menekan dan menggugut UMNO. Kaum Melayu sudah Berjaya dipecah-pecahkan . Melayu sudah tidak sepakat kerana perbezaan ideologi . UMNO, PAS , PKR, KITA dll.
UMNO terlalu hadap sokongan parti komponen bukan Melayu untuk terus memerintah. UMNO perlu memastikan kemenangan PRU13 ini dengan sokongan mereka. INILAH AGENDA MEREKA! Peluang keemasan sekian lama. Peluang untuk MEMPERTIKAI PERLEMBAGAAN! MEMPERTIKAIKAN KONTRAK SOSIAL DAN MEMPERTIKAI HAK-HAK KAUM BUMIPUTRA ATAU MELAYU!
Bangunlah BangsaKU! Orang-orang Melayu Parlimen GRIK, Orang-orang PERAK! Protes dan Nafikan terus hak LIAN HOE ini untuk jejak kaki di GRIK! Perempuan ini sudah keterlaluan! Timbalan Menteri Penerangan ini perlu diajar untuk menghormati sejarah!. Ketua Wanita Gerakan ini perlu diajar sejarah bukan jadi pelajar dan pengikut LEE KEW YEW yang menjadi api dalam sekam!.
Kepada anda yang membaca artikel ini, belajarlah sejarah Melayu kerana memang benar hampir majoriti orang Melayu sendiri tidak faham Sejarah Melayu! Pelajar-pelajar Universiti pun tak tahu sejarah Melayu! Bangsa Melayu ini hanya digunakan setelah Penjajah mula memasuki benua Asia Tenggara kita. Untuk menentang Malayan Union dan untuk prosess kemerdekaan, Orang-Orang Melayu menerima JUS SOLI dan menerima kewarganegaraan orang-orang Cina dan India sebagai warganegara. Negara Merdeka kita telah menjadi Negara Berbilang Bangsa dan hampir 40% warganegara kita terdiri dari berbilang bangsa. Menjadi Keluarga beraneka warna kulit, dan beraneka bentuk mata.
Selepas bangsa Melayu bertolak ansor dan berkompromi dengan hak kewarganegaraan demi Kemerdekaan , orang-orang Cina bertambah berani. Perjuangan Orang-orang Cina untuk MALAYSIAN MALAYSIA bermula. Orang Melayu bertambah lemah dan demi menjaga politik Bangsa Melayu, Temasik/Singapura dilepaskan kepada orang Cina yang diketuai oleh Kuan Yew. Perjuangan Kuan Yew kini disambung oleh Kiat Siang atau parti DAP.
Sedarlah bangsa Melayu, jika kita baca sejarah Kuan Yew, belaiu memberi orang Melayu tempoh hanya 20tahun untuk orang Melayu menjadi Perdana Menteri! Setelah itu orang Cina atau India pun mampu menjadi Perdana Menteri. Sebabnya adalah mudah! orang Melayu amat mudah dipecah-pecahkan! Orang Melayu mudah dipengaruhi! Orang Melayu adalah kaum yang mudah terikut-ikut! dan orang Melayu memang bangsa GOBLOK! Tidak kah kita sedar, orang cina dari dulu dan hingga sekarang telah menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera. Malahan mereka secara lantang mempengaruhi masyarakat Cina dengan menegaskan kaum bumiputera sebenar di Negara ini adalah orang asli bukan orang Melayu. Orang Melayu juga adalah PENDATANG! Seperti orang Cina dan Orang India juga.
Orang-Orang Melayu, APA KAH TINDAKKAN KITA! UNMO apa yang kamu mesti lakukann!! Orang Melayu –PAS? Melayu parti lain-lain? Bangun! Bangun! Bangunlah! Sedarlah! Kaum kita dihujung tanduk!
No comments:
Post a Comment