Saturday, 18 June 2011

BERSIH???APA BERSIH? MANA YANG BERSIH? SIAPA BERSIH? APA YANG NAK DI BERSIH?

BERSIHKAN MINDA SENDIRI SEBELUM BERSIHKAN NEGARA!



NASIHAT WAK, BERILMU BARU BERAKAL JANGAN JADI BERAKAL TAPI TIDAK ADA ILMU
WAK kena tulis dalam bahasa melayu sebab anak-anak buah yang sekolah menengah pun nak tahu dan mintak wak tulis yang simple...dahlah kelmarin panjang giler wak bercakap, bukan syarahan ye! ...terangkan macamana kita orang melayu sering dan mudah kena main. 13 Mei 1969 pun kena main dari belakang, Pecah PAS dari pakatan barisan Nasional pun kesan kena main...ialah orang melayu ni suka kena main dan mudah kena main....itu takdir bangsa kita kot?

Politik sekarang adalah keseimbungan politik dan dasar dari Perdana Menteri terdahulu seperti berikut:-

Tun Mahathir, amat bijak orangnya dan pemikiran beliau sentiasa kedepan. Kebanyakkan rakyat sayang beliau dan mendoakan kesihatan serta kesejasteraan beliau. Negara telah menuju kejayaan yang ada sekarang kesan dari sebahagian dasar2 beliau. Memang banyak yang tidak puas hati tapi bagimana harus memuaskan hati semua manusia terutama rakyat Malaysia. Dia juga seorang manusia seperti kita dan tidak terlepas dari kesilapan tapi dalam nisbah kejayaan Negara, Negara terus maju. Kejayaan belaiu bersama mengambil tanah-tanah Malaysia dari pemilikkan British, Kejayaan yang kita kecapi, kemakmuran dan tentu sahaja ada yang berjaya menjadi billionair, millionair, kaya2 atau Ilmu (modal Ihsan). Beliau mengenalkan Dasar kerajaan  BERSIH, CEKAP DAN AMANAH pada pertengahan April 1982, Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19hb. Mac,1983.
Wak akan memerangkann bagaimana Puak2 yang mempunyai ideology politik yang berbeza ini mengambil kesempatan untuk membantai kelemahan serta kesilapan serta menggunakan dasar2 kerajaan yang telah diubah untuk menyerang kerajaan semula. BERSIH 2 misalnya ianya adalah suatu yang ditiru kerana perkataan Bersih itu suatu jenama yang telah dicipta di zaman Tun Mahathir.  BERSIH ketika itu dibina untuk mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja. Tun terusnya ingin menerapkan sifat-sifat berikut:-
Bersih iaitu a Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.
a. Berkecuali iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat sebelah.
b. Tidak mementingkan diri sendiri.
c. Tidak khianat, hasad dan dengki.

Sekarang Komplot PKR, DAP & PAS pula menggunakan semula jenama Bersih untuk mengujudkan suatu kekecohan, kacau bilau dan menggangu ketenteraman awam. Reformasi untuk isu-isu Pilihanraya: Mereka mahu:
i. pendaftaran automatik 
ii. merangka sempadan semula kawasan pilihan raya adil 
iii. memecahkan monopoli Maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya yang 
iv. reformasi tidak hadir mengundi 
v. penggunaan dakwat kekal untuk menghalang penipuan 
vi. 21 hari kempen tempoh minimum 
vii. kewangan pilihan raya reformasi 
viii. bebas dan adil media akses
ix. pentadbiran berkecuali 
x. pilihan raya majlis tempatan 
xi. hak untuk melihat pilihan raya.

Wak Cuma nak anak2 buah tahu, reformasi BERSIH 1, Sabtu, 10 November 2007  telah mencemar ketenteraman awam, merosakkan nama Negara dan banyak yang buruk dari kebaikkan. Bersih-Reformasi yang ditiru itu telah Berjaya menarik lebih 40,000 orang untuk terlibat.

Memandangkan anak2 buah semua terpelajar, ada akses ke internet, cari lah informasi, baca lah dan fahami.  Jangan kita mengamalkan budaya yang tidak pernah diamalkan oleh bangsa kita. Ini budaya orang Europa dan Amerika yang tidak perlu kita ikut.

Apa sebenarnya yang mereka mahu? Putrajaya PRU13?, Dendam? Marah? Mengajar Kerajaan? Benci Barisan Nasional? Benci UMNO? Menjadi kuda? Atau ada maksud lain yang tersirat? Akhir sekali lagi akan terjadi dimana anak2 melalyu sahaja yang kehadapan, kaum lain hanya tunggu di tepi jalan. Wak dah tenguk dua tigakali demontrasi termasuk yang terbaru….Lynas? Di Jalan Ampang, kebetulan Wak berada di bangunan Lembaga Getah Asli. Nak tahu Siapa jadi belaci….pak2cik berkopeh puteh, kawan2 bangsa wak, anak2 bangsa melayu! Berapa kerat kaum lain….hahaha…2-3 kerat. Kaum ini kaum bijak, dia orang guna duit kot…biasalah orang kita memang suka duit dan kuasa.  Yang ada pun tenguk aje dari KLCC atau Angkasa Raya…Wak tak faham kenapa kita orang melayu bodoh sangat… sanggup berhujan dan berpanas memperjuangkan sesuatu yang kononya untuk keadilan bersama tapi orang melayu aje yang kedepan.

Wak nasihat anak2 buah Wak yang dok belajar di IPTA/IPTS, jangan ikut! Kesihan mak & Bapak yang nak tenguk kamu semua dapat diploma/degree/Master/Phd…Nak jadikan kamu anak melayu yang bijak bukan penganut Budaya Ikut-IKutan. Wak pun tambah hairan, jika kamu yang menjadi pelajar tidak tahu membezakan mana baik dan mana buruk!

Kebajikan yang dirancang atau dicanang dah lama dilaksanakan oleh kerjaan ialaah selepas Negara MERDEKA lagi. Kerajaan yang memerintah mestilah ada dasar sendiri, menjaga dan menjamin keseimbungan pemerintahan jika dasar cekap tak ada dah lama pintu Melaka dibuka untuk penjajah sekali lagi…kali ini Malaysia sepenuhnya.
Bagi yang berkopeh putih, Kebajikkan apa lagi yang nak diperjuangkan? Ingat ye anak2 buah wak… mak mengandung lagi kerajaan dah bagi subsidi kat kita….kebajikkan sebelum lahir!
1.     Mak pergi hospital bayar rm1.00 buat rawatan ibu-ibu mengandung
2.     Lahir aje dapat injek free…BCG la, polio la….mcm2 lagi sampai injek di sekolah menengah.
3.     Masuk sekolah tadika, bayaran berapa? Kerajaan juga bagi bantuan
4.     Sekolah: yuran sekolah, buku teks, makan free, dan macam-macam sehingga yuran periksa pun kerajaan bayar
5.     Asrama penuh lagi….
6.     Masuk Universiti, biasiswa, MARA, PTPTN dan banyak lagi
Kemakmuran emak bapak pun tak putus-putus; FELDA, FELCRA, RISDA macam-macam, subsidi itu dan subsidi ini.

Kita yang merasa, wajib bagi kita bersyukur pada ALLAH , tapi jika manusia yang bagi kita pun wajib bersyukur atau berterima kasih pada manusia…tak bersyukur tak guna lah kita jadi orang Islam.

Wak selalu ingatkan kawan2, wak bukan main susah nak buat sebuah rumah. Lantik Arkitek lagi, kontraktor, mahal pulak bayarannya…ratusan ribu. Bila dah siap…semua orang komen..atap tak bagusla, sengetlah, kemasan tak cantilah dan macam2. Ialah bila kerajaan buat suatu dasar, perlukan kepakaran, kajian, pandangan dan persetujuaan tapi bila dasar dah siap memanglah senang nak bangkang…ialah sama macam kita berbahas zaman sekolah dulu. Bukn main susah pencadang nak ketengahkan isu tetapi pembangkang senang aje kata kita bodoh dan semua tak betol.

Akhirnya, rumusan wak ialah jauhkan diri kita dari melibatkan diri dalam sesuatu yang bertentangan dengan undang2. Pemerintah wajib menjaga keamanan. Keamanan yang ada memudahkan kita belajar, melakukan ibadah, selesa untuk bekerja atau mencari makan, sehingga keamanan kita dicemburi oleh bangsa lain…nak tenguk bukan dari Indonesia, Bangladesh, India, Filipina, hingga semua penduduk dunia mudah ditemui di Malaysia. Wak tak nampak orang cina susah nak niaga disebabkan dasar-dasar kerajaan, kita tenguk lagi…bertambah kaya mereka. Wak pun tak nampak macamana orang India boleh ketinggalan dengan dasar2 kerajaan? Jika terjadipun, salahkan MIC atau PPP. Orang Melayu pun sama, apa kita nak cemburu tengok orang melayu naik kereta besar, rumah besar atau kaya raya…sekurang2nya mereka melayu. Jika amanah tak dipegang, orang2 politik terima aje balasan dari Allah dari liang lahat sampai akhirat. Kata kita orang melayu dan orang islam pulak, jadi kita usaha dan serah aje pada Allah. Wak pun bukan orang politik tapi wak sedar hanya orang melayu boleh selamatkan melayu, bukan kaum lain! Jadi jangan kita import kegagalan politik timur tengah seperti Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrin, Libya atau lain-lain ke NEGARA KITA YANG KITA CINTAI…Wak kata kita pertahankan Negara Melayu ini. Bagi Wak, BERSIH hanya untuk jatuhkan negara!!! Mereka ini cemburu akan kejayaan Dato' Seri Najib dengan dasar2nya!! atau nak buat kekecohan di bandaraya menjelang kes Anwar bila Azizah, istri Anwar akan mula disoal di Mahkamah pada 16/07/2011 dan Mat Sabu sekali lagi akan jadi kuda tunggangan!!! susah betol bangsa kita yang penuh budaya, sopan, dan halus budibicara tapi keras untuk mengaku salah atau mengaku silap.

Anak2 buah Wak mesti elakkan diri dari terlibat dari mana2 kekecohan!!! TERUSKAN BELAJAR YE!


No comments:

Post a Comment

-- nuffnang -->