DAULAT TUANKU
Bersyukur kita kerana disaat2 kegelisahan, kecemasan dan ketegangan akhirnya Duli Yang Mulia Agong datang memberi pesanan dan ianya mendinginkan kepanasan yang ada.
Peringatan DYM Agong, secara moderate dan rasional datang tepat waktunya ketika momokkan anti kerajaan “BERSIH2” menjadikan situasi mungkin tidak terkawal lebih2 lagi elemen2 subversif seperti fahaman komunis, fanatik, gangsterisme, samseng2 jalanan telah meresap dalam gerakan BERSIH 2. Sesungguhnya benar, demokarsi dalam politik itu wajar diperjuangkan, dijaga dan dipraktikkan tetapi keperluan Sosial yang stabil itu lebih perlu kerana ianya mantapkan pembangunan ekonomi .
Disaat begini juga, ucapan Syabas!, kerana DYM Agong sendiri tidak memihak kepada mana2 golongan. Sikap liberal ini melonggarkan ketegangan dan semoga dengan rasa hormat rakyat, kekusutan serta perpecahan bangsa dapat diatasi langsung kearah perpaduan dan kesatuan.
DYM Agung sebagai tunjak perpaduan Negara. Tahniah kerana Tuanku juga menyokong dan penuh yakin kerajaan sekarang mampu menangani masalah BERSIH2.
Bagaimanapun, pehak berkuasa yang menjaga keamanan tidak harus berpeluk tubuh. Pengawasan dan mengamalkan sikap pencegahan adalah lebih bijak dari mengubati di kemudian hari.
“MEMPERKASA BANGSA-KEAMAN&KEMAKMURAN NEGARA"
No comments:
Post a Comment