Sunday, 3 July 2011

AmbanG KeHANCURan MelaYU


MELAYU DI PINTU KEHANCURAN

Melihat situasi semasa, kehancuran bangsa pasti akan berlaku…cepat atau lambat, ianya pasti!

Bermacam2 iktihar telah diusahakan. Bermacam2 resolusi telah diluluskan. Sedikit demi sedikit bangsa kehilangan negeri, dari Singapura! Pulau Pinang! Dan mungkin banyak lagi!

Allah swt telah menunjukkan bukti untuk kita hayati! Berbagai malapetaka sebagai amaran!

Gempabumi yang mula dirasakan di Negara kita! Tsunami yang telah meragut nyawa!

Ugama kini hanya permainan. Ulama2 mempermainkan firman ALLAH dan Hadis Nabi untuk kepentingan peribadi, politik, dan ideology! Ulama2 bukan menyatukan bangsa dan agama, tetapi memecahkan belahkan lagi keutuhan bangsa. Tiada lagi ulama yang membimbing bangsa dan menyatu padukan bagsa kerana agama.

Benar atau mungkin, bumi Melayu ini sudah tua, tiada lagi Wali Allah dan Ulama2 yang benar2 pewaris nabi, dan akhirnya Bumi Melayu mula goyang, bangsa mula kacau bilau.

Melayu semakin matang? Seiring dengan perubahan masa dan lihat sahaja rahmat Allah pada bumi bertuah ini semangkin berkurangan…macam2 sahaja bencana menimpa atau bakal menimpa.

Kita perlu sama berusaha, berdoa dan berharap, semoga orang2 alim ulama yang ada berjaya mengisi kekosongan yang ada!, bersama menyatu padukan bangsa dan agama –islam & melayu. Kerana ULAMA TULIN & BENAR2 LELAKI sahaja boleh bersuara untuk perpaduan ini. Semoga ALLAH terus mengurniakan rahmat keamanan, perpaduan, kemakmuran dan kesejasteraan kepada bangsa dan Negara.

BANGSAKU, ayuh lah kita bangun jangan hanya perselisihan ideology, hanya fanatik kepada pemimpin, hanya sedikit keliruan kefahaman, hanya kerana kecewa, hanya kerana sikap cemburu, hanya sikap suka meyelak kain, hanya kerana percaya kabar angin atau fitnah atau blog2 atau suka ikut2 atau apa sahaja kerana MELAYU itu ISLAM kita tidak wajar berpecah. Kita ambil berkat bulan mulia ini…berkat Israj & Mihraj dan di ambang bulan ALLAH untuk sama-sama menuju kea rah perpaduan bangsa & agama. 

AMIN

No comments:

Post a Comment

-- nuffnang -->